Bahan-bahan:
1. 1/3 cawan tepung gandum
2. 2 biji telur
3. 2/3 cawan gula (nk manis tambah lg)
4. 1/2 sudu kecil asen vanila
5. 5 sudu besar serbuk koko
6. 1/4 sudu kecil garam
7. 3 sudu besar mentega yg dicairkn
8. 2/3 cawan badam kasar
Cara-cara:
1. panaskn oven pd suhu 160'C
2. taburkn sedikit tepung pada loyang
3. masukkan bahan 1-7 dan gaul sebati
4. masukkan badam dan gaul sebati
5. masukkan adunan ke dlm loyang
6. masuk dlm oven & bakar sehingga 25min/sehingga masak
Blog ni sekadar suka-suka nak share resepi yg nana buat. Oleh sebab nana ni baru je berjinak-jinak nak belajar masak, maka resepi yang dikongsi pon adalah simple-simple aje. Mungkin nana tak selalu akan update kat sini sebab nana bukan masak tiap-tiap hari & bukan juga setiap kali masak tu teringat nak snap gambar. Sebarang comment untuk menambah baikkan resepi adalah amat dialu-alukan. Hihi
Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts
Sunday, September 9, 2012
Monday, August 6, 2012
Resepi Tiramisu
Bahan-Bahan:
1. 12-14 batang biscotti (kuantiti biscotti ikut size bekas)
2. 250g cream cheese
3. 100g whipped cream (pakai yg cecair dlm kotak)
4. 2 cawan air nescafe tanpa gula
5. 1 cawan nestum
6. 1 sudu besar jus lemon
7. 1/3 cawan gula
8. sedikit serbuk koko
Cara-Cara:
1. masukkan cream cheese, whipped cream, gula dan jus lemon ke dlm mixer. pukul sehingga sebati
2. rendamkn biscotti ke dlm air nescafe beberapa saat. susunkan biscotti ke dlm mangkuk kaca
3. tuangkan adunan cream cheese tadi di atas biscotti dan ratakan
4. lapiskan pula nestum di atas adunan cream cheese
5. ulang langkah 2 - 4
6. simpan dlm peti sehingga sejuk dan taburkan serbuk koko apabila hendak dihidangkan
*kalau tak jumpa biscotti, boleh ganti dgn biskut mudah hadam macam biskut heinz or biskut garam cheese...nak guna sponge cake pon boley
Tuesday, July 31, 2012
Resepi Lemon Cheese Cake (No-Bake)
Bahan-Bahan:
1. 200g (3/4 cawan) cream cheese2. 80ml (1/2 cawan) whipped cream (pakai yg cecair dalam kotak)
3. 10g (1 sudu besar) serbuk gelatin (dicairkan dgn air suam)
4. sebiji lemon (diperah & ambil airnya)
5. 150g (10 keping) biskut crackers @ biskut mudah hadam (i pakai biskut heinz)
6. 65g (1/4 cawan) gula ising
7. 125g (1/2 cawan) mentega- dicairkan
Cara-Cara:
1. hancurkan biskut di dalam loyang. letakkn mentega cair atasnya. tekan dengan sudu sehingga padat & masukkan dlm peti sejuk sehingga biskut tu keras2. sementara tunggu biskut keras, dalam mangkuk lain masukkan cream cheese & whipped cream. pukul sehingga sebati
3. masukkan gelatin, gula ising & jus lemon perlahan-lahan. kacau sebati
4. tuangkan adunan ke atas biskut yg telah keras tadi
5. simpan dalam peti sejuk
6. bila dah keras, boleh la makan :)
*nak bakar dlm oven pon blh :)
Resepi Kek Vanilla
*utk resepi ni, i tiru drp sini [LINK] je...tp i tambah choc chip dalam dia...sedap :)
2. 175g gula kastor
3. 175g tepung naik sendiri
4. 3 biji telur gred A
5. 1 sudu teh asen vanilla
6. 1 sudu teh baking powder
2. bakar dlm oven selama 45-50min pada suhu 180'C
Bahan-Bahan:
1. 175g marjerin2. 175g gula kastor
3. 175g tepung naik sendiri
4. 3 biji telur gred A
5. 1 sudu teh asen vanilla
6. 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:
1. Campur semua bahan & gaulkn dgn sebati selama 1 min. jangan terlebih pukul, cukup sekadar semuanya well-mixed2. bakar dlm oven selama 45-50min pada suhu 180'C
Thursday, January 5, 2012
Resepi Victorian Sponge Cake
Bahan-bahan (kek):1. 200g butter
2. 100g gula custor (blh tambahkan lagi kalau suka manis)
3. 200g tepung naik sendiri
4. empat biji telur
5. satu sudu teh asen vanilla
Bahan-bahan (cream):
1. strawberry jam (nk perisa lain pn blh)
2. whipped cream
3. gula ising (utk dusting)
Cara-cara:
1. pre-heat oven pada suhu 180 degree
2. letakkan butter & gula castor dlm bowl...mix/pukul sampai lembut...pukul lama sket sampai betul2 gebu
3. masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit ke dalam bowl tadi (sambil pukul)
4. masukkan asen vanila
5. setelah semuanya sebati, masukkan ke dalam loyang (make sure sapukan planta kat loyang tu)...guna DUA loyang tau, asingkan sama byk kuantiti dia
6. masukkan ke dlm oven dan bakar selama 15-20min
7. setelah masak, sejukkan dahulu kek tu sebelum keluarkan drp loyang
8. bila kek dah sejuk, sapukan dgn jam & whipped cream (sapu nipis2 je, kang jadi comot mcm i punya kek tu)...jadikan mcm sandwich
9. taburkan gula ising atas kek (jgn byk sgt, kang terlalu manis)
Wednesday, November 9, 2011
Resepi Cup Cake
*pic credit to nadea*
Bahan-bahan:
1. 4 biji telur
2. coklat (nk pakai coklat bar boleh, yg powder pon boleh)
3. 4 sudu besar gula
4. 200g butter (lebih kurang 6 sudu besar)
5. 1/2 sudu besar baking soda
6. 1 sudu kecil asen vanilla
7. 200g tepung naik sendiri
8. 1/2 cawan air
9. mixer & cup
Cara-cara buat kek:
1. panaskan oven sehingga 350 darjah
2. masukkan serbuk coklat & butter ke dlm mangkuk dan cairkan
3. masukkan gula & asen vanilla ke dalam campuran tadi
4. masukkan telur ke dalam mixer pada putaran yg perlahan sehingga telur kembang
5. masukkan baking soda & tepung naik sendiri ke dlm mixer. pukul sampai rata
6. masukkan adunan ke dlm cup (masukkan separuh cup sahaja)
7. masukkan ke dlm oven
8. bila nampak kek tu dh naik sedikit, cucuk dgn lidi/pencungkil gigi utk tengok kek tu dh masak ke belum
9. tunggu sejuk & hiaskan kek dgn ising/fondant
Cara-cara buat ising:
1. pukul butter & gula ising sehingga sebati, kemudian masukkan putih telur
2. pukul adunan sehingga kembang
3. letak pewarna/perasa mengikut citarasa masing-masing
mudah je kan? selamat mencuba (^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)




