Blog ni sekadar suka-suka nak share resepi yg nana buat. Oleh sebab nana ni baru je berjinak-jinak nak belajar masak, maka resepi yang dikongsi pon adalah simple-simple aje. Mungkin nana tak selalu akan update kat sini sebab nana bukan masak tiap-tiap hari & bukan juga setiap kali masak tu teringat nak snap gambar. Sebarang comment untuk menambah baikkan resepi adalah amat dialu-alukan. Hihi

Tuesday, August 7, 2012

Resepi Bruschetta

Bahan-Bahan:
1. roti perancis yg dipotong serong
2. sedikit serbuk parsley (taknak letak pon takpe)
3. sedikit serbuk basil (taknak letak pon takpe)
4. isi ayam yg sudah direbus (potong kecil-kecil)
5. mozarella cheese yg disagat/ dicincang halus
6. cili benggala (pakai cili besar pon takpe)
7. lobak merah
8. sos spageti
9. bawang besar
10. cendawan butang yg dipotong kecil-kecil

Cara-Cara:
1. ratakan sos spageti di atas roti perancis
2. letakkan ayam, cendawan butang, lobak merah, cili, dan bawang besar di atas roti
3. kemudian letakkan satu sudu kecil sos spageti. taburkan parsley, basil, dan cheese 
4. lapik dulang pembakar dgn aluminium foil dan susun roti atas dulang
5. bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 15-20 min

5 comments:

  1. Nana ni ada je resepi yang sedap2 post hari2 kan..adoii..lapaaa..resepi nana sume simple2..terbaik.

    ReplyDelete
  2. hoh! nak teraiiiiiiii jugak!!!!

    ReplyDelete
  3. sedapnyeeeeeee :)

    ReplyDelete