Blog ni sekadar suka-suka nak share resepi yg nana buat. Oleh sebab nana ni baru je berjinak-jinak nak belajar masak, maka resepi yang dikongsi pon adalah simple-simple aje. Mungkin nana tak selalu akan update kat sini sebab nana bukan masak tiap-tiap hari & bukan juga setiap kali masak tu teringat nak snap gambar. Sebarang comment untuk menambah baikkan resepi adalah amat dialu-alukan. Hihi

Thursday, December 15, 2011

Resepi Pancakes

Bahan-bahan (utk pancake):
1. dua cawan tepung naik sendiri
2. satu tin susu cair
3. dua sudu besar margerin/butter/planta
4. dua biji telur
5. tiga sudu besar gula
6. setengah sudu kecil garam
7. setengah sudu kecil soda bikarbonat
8. satu sudu teh asen vanila

Bahan-bahan (syrup):
1. dua cawan gula perang
2. satu cawan air
3. satu sudu planta/margerin
4. satu sudu besar tepung jagung
5. satu sudu teh maple syrup (kalau takde, pakai asen vanila pon boleh)

Cara-cara (pancake):
1. masukkan tepung naik sendiri, gula dan soda bikarbonat dalam mixer (kalau takde mixer, pukul je pakai pemukul telur)
2. cairkan planta/butter dan masukkan ke dlm mixer. pukul pada kelajuan yg perlahan
3. masukkan susu cair, telur, garam, dan asen vanila ke dlm mixer...pukul kesemua bahan sehingga kembang
4. masak di atas pan mengikut ketebalan yg kita suka

Cara-cara (syrup):
1. masukkan kesemua bahan utk membuat syrup ke dalam periuk
2. panaskan bahan2 tersebut pada api yg sederhana besar
3. kacau sehingga syrup tu nampak pekat/sticky

**kalau malas nk buat syrup, pakai madu pon boleh...selamat mencuba

Monday, December 12, 2011

Resepi Ayam Masak Halia dgn Oyster

(untuk hidangan 4-6 org)

Bahan-bahan:
1. isi ayam yg telah direbus separuh masak & diperap dgn halia
2. sebiji kentang yg digoreng (potong bentuk wedges)
3. sos tiram
4. kicap manis
5. garam
6. 4 biji cili besar
7. sedikit daun sup & daun bawang
8. mix vegetable/apa2 sayur yg korang suka
9. sebiji bawang besar yg dicincang halus
10. 2 biji bawang merah/bawang kecil yg dicincang halus

Cara-cara:
1. tumiskan bawang besar & bawang merah dgn minyak yg sedikit
2. masukan ayam yg diperap tadi & gorengkan nya
3. setelah ayam masak, masukkan mix vege & kentang yg telah digoreng
4. masukkan sos tiram & cili besar ke dlm periuk dan gaulkn sehingga sebati
5. setelah sebati, masukkan sedikit kicap manis
6. masukkan garam mengikut citarasa anda
7. gaul sampai rata & sedia utk dihidangkan
8. bolehlah hias dgn daun sup & daun bawang

Tuesday, December 6, 2011

Resepi Keropok Lekor

(untuk 10-15 batang)

Bahan-bahan:
1. dua ekor isi ikan kembung yg dibuang kulit & tulangnya
2. 3/4 mangkuk tepung kanji
3. 100gm tepung sagu
4. garam secukup rasa
5. 1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Blend isi ikan bersama air sehingga hancur
2. masukkan garam & tepung sedikit demi sedikit pada isi ikan tadi & gaul sebati sehingga menjadi doh (sampai tak melekat kat tangan)
3. letakkan sedikit tepung pada papan/plastik/dulang & gentel doh bentuk panjang2
4. panaskan air dlm periuk & rebus keropok tadi sehingga mendidih (timbul)
5. blh dimakan begitu sahaja atau goreng (kalau taknak rebus dulu dan terus goreng pon boleh)
6. sedap dimakan bersama sos cili

ni rupa sebelum di rebus...

Thursday, December 1, 2011

Resepi Baked Macaroni

(hidangan 6-8 orang)

Bahan-bahan:
1. setengah paket macaroni yg sudah direbus
2. mozzarella cheese yg diparut (ikut sukati nk byk mana)
3. daging cincang 400g
4. mix vegetable
5. sedikit daun sup yg dipotong halus
6. sedikit daun bawang yg dipotong halus
7. 10 ulas bawang putih yg dicincang halus
8. 2 biji bawang merah yg dicincang halus
9. satu tin cendawan butang (potong kecil2)
10. satu tin tomato puree
11. garam
12. sedikit minyak utk menumis
13. serbuk oregano (i pakai brand mc cormick)
14. serbuk basil/selasih (pon pakai brand mc cormick)
15. 4 biji telur yg dipukul

Cara-Cara:
1. tumiskan bawang putih & merah sehingga wangi
2. masukkn daging kisar..tunggu sehingga masak dan biarkn dia berair sedikit
3. masukkan tomato puree
4. masukkn mix vege dan cendawan butang
5. agak2 semua tu dh masak, masukkn daun sup dan daun bawang
6. masukkan macaroni yg telah direbus
7. masukkan oregano & basil
8. gaul sehingga rata & masukkan garam secukup rasa
9. masukkan kesemua tadi ke dalam loyang
10. masukkan telur yg telah dipukul & gaulkn rata dalam macaroni yg telah siap dimasak tadi
11. taburkan mozzarella cheese kat atas (kalau banyak lagi sedap)
12. masuk dlm oven, bakar pada suhu 180 darjah selama 30-40 min

nyummy~