Blog ni sekadar suka-suka nak share resepi yg nana buat. Oleh sebab nana ni baru je berjinak-jinak nak belajar masak, maka resepi yang dikongsi pon adalah simple-simple aje. Mungkin nana tak selalu akan update kat sini sebab nana bukan masak tiap-tiap hari & bukan juga setiap kali masak tu teringat nak snap gambar. Sebarang comment untuk menambah baikkan resepi adalah amat dialu-alukan. Hihi

Sunday, January 1, 2012

Resipi Puding Trifle

Bahan-bahan:
1. kek gulung/kek span (i prefer kek gulung pandan)-potong halus2 & kecil2
2. agar2 kristal NONA (i prefer warna merah)- cairkan mengikut panduan pada kotak tersebut. tapi i tambahkan secawan lagi air sebab agak manis & pekat kalau ikut sukatan kat kotak tu.
3. tiga sudu besar tepung kastad
4. satu cawan air
5. satu tin fruit cocktail (kalau tin kecil, beli dua)-asingkan air dan buah
6. satu tin buah peach-asingkan air dan buah
7. satu sudu besar gula (kalau nk manis tambahkan lagi)
8. satu tin susu cair

Cara-cara:
1. susunkan kek gulung yg telah dipotong ke dalam bekas kaca
2. basahkan kek dgn air fruit cocktail (jgn sampai banjir)
3. taburkan fruit cocktail atas kek (jgn terlalu padat & jgn terlalu sikit)
4. tuangkan kastad yg telah dimasak agak2 sampai menutupi semua fruit cocktail tadi (cara buat kastad scroll ke bawah)*
5. susun lagi sekali kek gulung atas kastad. kali ni kek tu jarak-jarakkan sedikit (ulang langkah no.1 sampai no.4)
6. biarkan dlm 10 minit supaya kastad tak terlalu cair
7. susunkan buah peach atas kastad
8. tuangkan agar2 kristal di atas buah peach
9. simpan dalam peti sejuk & boleh makan ;)

*Cara-cara buat kastad
1. cairkan kastad dlm magkuk dgn sedikit air
2. panaskan susu cair & gula pada api yg perlahan
3. masukkan kastad ke dalam periuk
4. tambah secawan air
5. kacau sehingga masak

5 comments:

  1. rajinnye u masak..nampak sedap2 semuanya =)

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap..Mcm nk Cuba je..:p

    ReplyDelete
  3. sedap nya nak buat berbuka sat lg lah.

    ReplyDelete
  4. sedap nya nak buat berbuka sat lg lah.

    ReplyDelete