Blog ni sekadar suka-suka nak share resepi yg nana buat. Oleh sebab nana ni baru je berjinak-jinak nak belajar masak, maka resepi yang dikongsi pon adalah simple-simple aje. Mungkin nana tak selalu akan update kat sini sebab nana bukan masak tiap-tiap hari & bukan juga setiap kali masak tu teringat nak snap gambar. Sebarang comment untuk menambah baikkan resepi adalah amat dialu-alukan. Hihi
Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Resepi Kuih Puteri Mandi

Bahan-Bahan:
1. 2 cawan tepung pulut
2. 1 1/2 cawan air daun pandan
3. sedikit garam
4. kelapa parut
5. 1 keping gula melaka
6. 2 helai daun pandan yg disimpul

Cara-Cara:
1. uli tepung pulut, air daun pandan dan garam sehingga menjadi doh
2. ambil doh dan gentel jadi bulat sebesar ibu jari. kemudian tekankan di bahagian tengah
3. didihkan air dalam periuk. setelah air mendidih, masukkn kuih tadi dan tunggu sehingga kuih tu masak (kuih akan timbul bila sudah masak). toskan
4. dlm periuk yg berasingan, masukkan secawan air dan gula melaka sehingga cair. kemudian masukkan daun pandan yg disimpul dan kelapa parut. kacau sehingga kering
5. akhir sekali, gaulkan kelapa dgn kuih yg sudah dimasak tadi. siap!

*kalau takde daun pandan, boleh guna pewarna hijau...nk guna warna lain pon boleh

Thursday, December 15, 2011

Resepi Pancakes

Bahan-bahan (utk pancake):
1. dua cawan tepung naik sendiri
2. satu tin susu cair
3. dua sudu besar margerin/butter/planta
4. dua biji telur
5. tiga sudu besar gula
6. setengah sudu kecil garam
7. setengah sudu kecil soda bikarbonat
8. satu sudu teh asen vanila

Bahan-bahan (syrup):
1. dua cawan gula perang
2. satu cawan air
3. satu sudu planta/margerin
4. satu sudu besar tepung jagung
5. satu sudu teh maple syrup (kalau takde, pakai asen vanila pon boleh)

Cara-cara (pancake):
1. masukkan tepung naik sendiri, gula dan soda bikarbonat dalam mixer (kalau takde mixer, pukul je pakai pemukul telur)
2. cairkan planta/butter dan masukkan ke dlm mixer. pukul pada kelajuan yg perlahan
3. masukkan susu cair, telur, garam, dan asen vanila ke dlm mixer...pukul kesemua bahan sehingga kembang
4. masak di atas pan mengikut ketebalan yg kita suka

Cara-cara (syrup):
1. masukkan kesemua bahan utk membuat syrup ke dalam periuk
2. panaskan bahan2 tersebut pada api yg sederhana besar
3. kacau sehingga syrup tu nampak pekat/sticky

**kalau malas nk buat syrup, pakai madu pon boleh...selamat mencuba

Tuesday, December 6, 2011

Resepi Keropok Lekor

(untuk 10-15 batang)

Bahan-bahan:
1. dua ekor isi ikan kembung yg dibuang kulit & tulangnya
2. 3/4 mangkuk tepung kanji
3. 100gm tepung sagu
4. garam secukup rasa
5. 1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Blend isi ikan bersama air sehingga hancur
2. masukkan garam & tepung sedikit demi sedikit pada isi ikan tadi & gaul sebati sehingga menjadi doh (sampai tak melekat kat tangan)
3. letakkan sedikit tepung pada papan/plastik/dulang & gentel doh bentuk panjang2
4. panaskan air dlm periuk & rebus keropok tadi sehingga mendidih (timbul)
5. blh dimakan begitu sahaja atau goreng (kalau taknak rebus dulu dan terus goreng pon boleh)
6. sedap dimakan bersama sos cili

ni rupa sebelum di rebus...

Thursday, December 1, 2011

Resepi Baked Macaroni

(hidangan 6-8 orang)

Bahan-bahan:
1. setengah paket macaroni yg sudah direbus
2. mozzarella cheese yg diparut (ikut sukati nk byk mana)
3. daging cincang 400g
4. mix vegetable
5. sedikit daun sup yg dipotong halus
6. sedikit daun bawang yg dipotong halus
7. 10 ulas bawang putih yg dicincang halus
8. 2 biji bawang merah yg dicincang halus
9. satu tin cendawan butang (potong kecil2)
10. satu tin tomato puree
11. garam
12. sedikit minyak utk menumis
13. serbuk oregano (i pakai brand mc cormick)
14. serbuk basil/selasih (pon pakai brand mc cormick)
15. 4 biji telur yg dipukul

Cara-Cara:
1. tumiskan bawang putih & merah sehingga wangi
2. masukkn daging kisar..tunggu sehingga masak dan biarkn dia berair sedikit
3. masukkan tomato puree
4. masukkn mix vege dan cendawan butang
5. agak2 semua tu dh masak, masukkn daun sup dan daun bawang
6. masukkan macaroni yg telah direbus
7. masukkan oregano & basil
8. gaul sehingga rata & masukkan garam secukup rasa
9. masukkan kesemua tadi ke dalam loyang
10. masukkan telur yg telah dipukul & gaulkn rata dalam macaroni yg telah siap dimasak tadi
11. taburkan mozzarella cheese kat atas (kalau banyak lagi sedap)
12. masuk dlm oven, bakar pada suhu 180 darjah selama 30-40 min

nyummy~

Sunday, November 20, 2011

Resepi Garlic Spread

makanan ni favorite adik i tau...rasa dia mcm garlic bread kat pizza hut tu...hehe

Bahan-bahan:
1. 12 ulas bawang putih
2. cheese ( i pakai sekeping chesdale)
3. satu sudu teh oregano (kalau takde pon takpe...tp lagi sedap ada)
4. satu sudu teh basil
5. daun parsley/daun pudina (dicincang halus)
6. planta (ikut kemahuan nk pakai byk mana)
7. mozzarella cheese (diparut)

Cara-cara:
1. rebuskan bawang putih
2. selepas rebus bawang putih, cincang sampai hancur/masukkan dlm blender je
3. letakkan planta dlm mangkuk
4. letakkan bawang putih, cheese yg telah dipotong kecil2, oregano, basil & daun parsley ke dlm magkuk tadi
5. gaulkan kesemuanya dgn mixer
6. siap & simpan dlm peti sejuk
7. boleh makan dgn roti bakar (sebelum bakar, taburkan mazzarella cheese tu atas garlic spread dulu)...cicah dgn mushroom soup lagi umphhhh~

Wednesday, November 16, 2011

Resepi Ketupat Goreng

Bahan-bahan:
1. satu paket besar ketupat nona (apa2 ketupat pon takpe)
2. 3 ketul ayam yg diambil isinya sahaja
3. 2 sudu besar oyster sos
4. garam
5. kicap manis
6. 2 ulas bawang besar yg dihiris halus
7. 3 ulas bawang putih yg dihiris halus
8. sebiji cili besar
9. cili kisar
10. mix vegetable

Cara-cara:
1. tumis bawang besar & bawang putih sehingga wangi
2. masukkan cili kisar
3. masukkan isi ayam dan masak sehingga cili nampak garing
4. masukkan mix vege & ketupat
5. masukkan oyster sos mengikut citarasa
6. masukkan sedikit kicap manis mengikut citarasa
7. masukkan garam secukup rasa
8. masukkan cili & kacau sehingga sebati
9. sedia utk dihidangkan

Thursday, November 10, 2011

Resepi Sushi

hari ni jom kita belajar buat sushi...mmg agak leceh nak buat tp blh makan sepuas hati!

Bahan-bahan utk buat nasi:
1. 1 cup beras jepun
2. 2 sudu besar cuka nasi (bkn cuka biasa tau)
3. 2 sudu besar gula
4. 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan utk buat sushi:
1. timun jepun
2. isi ketam
3. seaweed (wajib ada)
4. telur ikan (yg kecil2 warna oren tu)
5. telur rebus
6. mayonis
7. sotong rebus

(sebenarnya bahan2 ni ikut citarasa kita nk letak apa pon...i letak serunding best jugak..hihi)


Cara-cara utk buat nasi:
1. cuci beras mcm biasa (beras jepun tak perlu cuci lama2 pon)
2. utk 1 cup beras, masukkn 2 cup air
3. masak dlm rice cooker
4. bila nasi dh masak/air dh kering, masukkan cuka, gula dan garam
5. gaul nasi sehingga rata

Cara-cara buat sushi:

ni cara utk susun sushi...

1. letakkn pelapik/penggulung (taktau apa nama benda tu...sorry)
2. lapisan paling bawah adalah seaweed
3. letakkan nasi
4. sapukan mayonis sehingga rata di atas nasi
5. letakkan timun jepun yg telah dipotong
6. letakkan bahan2 yg kita suka dalam tu kemudian gulung
7. dh siap gulung, potong cantik2 (pisau kena sapu dgn minyak sayur sedikit supaya tak melekat)

selamat mencuba (^_^)