Blog ni sekadar suka-suka nak share resepi yg nana buat. Oleh sebab nana ni baru je berjinak-jinak nak belajar masak, maka resepi yang dikongsi pon adalah simple-simple aje. Mungkin nana tak selalu akan update kat sini sebab nana bukan masak tiap-tiap hari & bukan juga setiap kali masak tu teringat nak snap gambar. Sebarang comment untuk menambah baikkan resepi adalah amat dialu-alukan. Hihi

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Cup Cake


*pic credit to nadea*

Bahan-bahan:
1. 4 biji telur
2. coklat (nk pakai coklat bar boleh, yg powder pon boleh)
3. 4 sudu besar gula
4. 200g butter (lebih kurang 6 sudu besar)
5. 1/2 sudu besar baking soda
6. 1 sudu kecil asen vanilla
7. 200g tepung naik sendiri
8. 1/2 cawan air
9. mixer & cup

Cara-cara buat kek:
1. panaskan oven sehingga 350 darjah
2. masukkan serbuk coklat & butter ke dlm mangkuk dan cairkan
3. masukkan gula & asen vanilla ke dalam campuran tadi
4. masukkan telur ke dalam mixer pada putaran yg perlahan sehingga telur kembang
5. masukkan baking soda & tepung naik sendiri ke dlm mixer. pukul sampai rata
6. masukkan adunan ke dlm cup (masukkan separuh cup sahaja)
7. masukkan ke dlm oven
8. bila nampak kek tu dh naik sedikit, cucuk dgn lidi/pencungkil gigi utk tengok kek tu dh masak ke belum
9. tunggu sejuk & hiaskan kek dgn ising/fondant

Cara-cara buat ising:
1. pukul butter & gula ising sehingga sebati, kemudian masukkan putih telur
2. pukul adunan sehingga kembang
3. letak pewarna/perasa mengikut citarasa masing-masing


mudah je kan? selamat mencuba (^_^)

1 comment: