Blog ni sekadar suka-suka nak share resepi yg nana buat. Oleh sebab nana ni baru je berjinak-jinak nak belajar masak, maka resepi yang dikongsi pon adalah simple-simple aje. Mungkin nana tak selalu akan update kat sini sebab nana bukan masak tiap-tiap hari & bukan juga setiap kali masak tu teringat nak snap gambar. Sebarang comment untuk menambah baikkan resepi adalah amat dialu-alukan. Hihi

Sunday, September 9, 2012

Resepi Brownies

Bahan-bahan:
1. 1/3 cawan tepung gandum
2. 2 biji telur
3. 2/3 cawan gula (nk manis tambah lg)
4. 1/2 sudu kecil asen vanila
5. 5 sudu besar serbuk koko
6. 1/4 sudu kecil garam
7. 3 sudu besar mentega yg dicairkn
8. 2/3 cawan badam kasar

Cara-cara:
1. panaskn oven pd suhu 160'C
2. taburkn sedikit tepung pada loyang
3. masukkan bahan 1-7 dan gaul sebati
4. masukkan badam dan gaul sebati
5. masukkan adunan ke dlm loyang
6. masuk dlm oven & bakar sehingga 25min/sehingga masak

Sunday, August 12, 2012

Resepi Ikan Siakap Stim


Bahan-Bahan:
1. seekor ikan siakap bersaiz sederhana
2. 5 helai daun limau kasturi
3. 4 batang serai dihiris halus
4. 5 ulas bawang putih dihiris
5. 1/2 biji lemon diperah airnya
6. 2 sudu sos tiram
7. 4 ulas bawang merah dihiris halus
8. 2cm halia dihiris halus
9. 1cm kunyit dihiris halus
10. sebiji tomato dipotong 8
11. 5 tangkai cili padi dipotong halus
12. 2 biji limau kasturi dibelah dua
13. garam secukup rasa
14. sedikit air asam jawa

Cara-Cara:
1. rendamkn ikan dgn air asam jawa selama 5min utk hilangkn hanyir
2. gaul ikan dgn garam (agak2 secukup rasa)
3. masukkan ikan ke dalam loyang pengukus
4. masukkan bahan2 no.2 - no.12 ke dlm loyang bersama ikan
5. kukus lebih kurang 30min atau sehingga masak pada api yg sederhana

Wednesday, August 8, 2012

Resepi Jus Tembikai Dengan Fruit Cocktail


Bahan-Bahan:
1. sebiji buah tembikai bersaiz kecil
2. fruit cocktail
3. gula secukup rasa (taknak letak pon takpe kalau tembikai dah manis)
4. setengah cawan susu cair (kalau taknak letak susu cair, gantikan dengan air masak)

Cara-Cara:
1. Potong pada tengah tembikai, bahagikan dua
2. lukis bentuk "love" pada tembikai dgn menggunakan sudu/pisau
3. korek bahagian yg dilukis dgn menggunakan sudu
4. blend lebihan isi tembikai yg dikorek tadi dgn susu cair dan gula
5. tuangkan air tembikai dlm bentuk "love"
6. hiaskan dgn fruit cocktail. siap!

*sesuai buat camni utk candle light dinner masa anniversary :) nak buat bentuk lain pon boleh.

Tuesday, August 7, 2012

Resepi Bruschetta

Bahan-Bahan:
1. roti perancis yg dipotong serong
2. sedikit serbuk parsley (taknak letak pon takpe)
3. sedikit serbuk basil (taknak letak pon takpe)
4. isi ayam yg sudah direbus (potong kecil-kecil)
5. mozarella cheese yg disagat/ dicincang halus
6. cili benggala (pakai cili besar pon takpe)
7. lobak merah
8. sos spageti
9. bawang besar
10. cendawan butang yg dipotong kecil-kecil

Cara-Cara:
1. ratakan sos spageti di atas roti perancis
2. letakkan ayam, cendawan butang, lobak merah, cili, dan bawang besar di atas roti
3. kemudian letakkan satu sudu kecil sos spageti. taburkan parsley, basil, dan cheese 
4. lapik dulang pembakar dgn aluminium foil dan susun roti atas dulang
5. bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 15-20 min

Monday, August 6, 2012

Resepi Tiramisu



Bahan-Bahan:
1. 12-14 batang biscotti (kuantiti biscotti ikut size bekas)
2. 250g cream cheese
3. 100g whipped cream (pakai yg cecair dlm kotak)
4. 2 cawan air nescafe tanpa gula
5. 1 cawan nestum
6. 1 sudu besar jus lemon
7. 1/3 cawan gula
8. sedikit serbuk koko

Cara-Cara:
1. masukkan cream cheese, whipped cream, gula dan jus lemon ke dlm mixer. pukul sehingga sebati
2. rendamkn biscotti ke dlm air nescafe beberapa saat. susunkan biscotti ke dlm mangkuk kaca
3. tuangkan adunan cream cheese tadi di atas biscotti dan ratakan
4. lapiskan pula nestum di atas adunan cream cheese
5. ulang langkah 2 - 4
6. simpan dlm peti sehingga sejuk dan taburkan serbuk koko apabila hendak dihidangkan 
*kalau tak jumpa biscotti, boleh ganti dgn biskut mudah hadam macam biskut heinz or biskut garam cheese...nak guna sponge cake pon boley