Blog ni sekadar suka-suka nak share resepi yg nana buat. Oleh sebab nana ni baru je berjinak-jinak nak belajar masak, maka resepi yang dikongsi pon adalah simple-simple aje. Mungkin nana tak selalu akan update kat sini sebab nana bukan masak tiap-tiap hari & bukan juga setiap kali masak tu teringat nak snap gambar. Sebarang comment untuk menambah baikkan resepi adalah amat dialu-alukan. Hihi

Sunday, November 20, 2011

Resepi Garlic Spread

makanan ni favorite adik i tau...rasa dia mcm garlic bread kat pizza hut tu...hehe

Bahan-bahan:
1. 12 ulas bawang putih
2. cheese ( i pakai sekeping chesdale)
3. satu sudu teh oregano (kalau takde pon takpe...tp lagi sedap ada)
4. satu sudu teh basil
5. daun parsley/daun pudina (dicincang halus)
6. planta (ikut kemahuan nk pakai byk mana)
7. mozzarella cheese (diparut)

Cara-cara:
1. rebuskan bawang putih
2. selepas rebus bawang putih, cincang sampai hancur/masukkan dlm blender je
3. letakkan planta dlm mangkuk
4. letakkan bawang putih, cheese yg telah dipotong kecil2, oregano, basil & daun parsley ke dlm magkuk tadi
5. gaulkan kesemuanya dgn mixer
6. siap & simpan dlm peti sejuk
7. boleh makan dgn roti bakar (sebelum bakar, taburkan mazzarella cheese tu atas garlic spread dulu)...cicah dgn mushroom soup lagi umphhhh~

Friday, November 18, 2011

Resepi Telur Bungkus

(untuk hidangan 4-5 org)

Bahan-bahan:
1. daging kisar (i pakai daging kisar Ramly, yg 400g tu)
2. 6 sudu besar sos cili
3. 3 sudu besar sos tomato
4. 6 sudu besar sos tiram
5. sebiji tomato yg dipotong dadu
6. sebiji bawang besar yg dihiris halus
7. 5 ulas bawang putih yg dicincang halus
8. sedikit mix vegetable
9. garam
10. 3 biji telur
11. 2 biji cili besar

Cara-cara:
1. tumis bawang putih & bawang besar pada api yg sederhana besar. jgn pakai terlalu byk minyak
2. bila tumisan dh wangi, masukkn 200g daging kisar. pastikan api tidak terlalu besar. gaul sehingga daging masak dan kering
3. masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram. gaul sehingga rata
4. masukkan mix vege, tomato & cili besar
5. masukkan garam secukup rasa
6. pukul telur & tuangkan ke dlm pan/periuk leper yg berasingan
7. masukkan daging yg telah siap dimasak di atas telur & bungkuskn

Wednesday, November 16, 2011

Resepi Ketupat Goreng

Bahan-bahan:
1. satu paket besar ketupat nona (apa2 ketupat pon takpe)
2. 3 ketul ayam yg diambil isinya sahaja
3. 2 sudu besar oyster sos
4. garam
5. kicap manis
6. 2 ulas bawang besar yg dihiris halus
7. 3 ulas bawang putih yg dihiris halus
8. sebiji cili besar
9. cili kisar
10. mix vegetable

Cara-cara:
1. tumis bawang besar & bawang putih sehingga wangi
2. masukkan cili kisar
3. masukkan isi ayam dan masak sehingga cili nampak garing
4. masukkan mix vege & ketupat
5. masukkan oyster sos mengikut citarasa
6. masukkan sedikit kicap manis mengikut citarasa
7. masukkan garam secukup rasa
8. masukkan cili & kacau sehingga sebati
9. sedia utk dihidangkan

Tuesday, November 15, 2011

Resepi Puding Roti


(hidangan 6-8 0rg)

Bahan-bahan untuk puding:
1. 5 biji telur
2. satu sudu teh tepung kastad
3. satu sudu teh asen vanila
4. 10 keping roti yg dicarik/dipotong (kalo nk sedap, bakar dulu roti tu)
5. satu tin susu cair
6. 6 sudu besar gula
7. kismis/choc chip/buah2/almond (taknak letak pon takpe)

Bahan-bahan utk gravy/kuah:
1. 3 sudu besar tepung kastad
2. satu tin susu cair
3. satu sudu besar gula (kalau nk manis, tambahkan lagi)

Cara-cara untuk puding:
1. letakkan telur, susu cair, gula, tepung kastad & asen vanila ke dalam mangkuk
2. pukul kesemua bahan sehingga naik/kembang (masukkn dlm blender lagi senang)
3. sediakan loyang yg sederhana besar dan sapukan planta/mentega dalam loyang tu (nk elakkan supaya tak melekat)
4. masukkan bahan2 yg telah dipukul tadi ke dalam loyang
5. masukkan roti dan tekan2 sampai semua roti diserap
6. taburkan kismis di atas roti tadi (apa2 je bahan yg korang suka, taknak pon takpe)
7. masukkan ke dalam oven selama 30 - 40min pada suhu 150 darjah (kalau takde oven, kukus pon boleh. kukus lagi sedap kot sebab dia akan buat puding tu moist)

Cara-cara buat gravy/kuah:
1. cairkn kastad dlm mangkuk dgn sedikit air
2. panaskn susu cair & gula pada api yg perlahan (tak perlu gaul, biar gula tu lebur sendiri)
3. masukkan kastad ke dlm periuk bersama susu cair td
4. kacau sehingga pekat & sedia utk dimakan dgn puding

selamat mencuba (^_^)

Monday, November 14, 2011

Jus Lilaici dgn Pudina

sukati i je kan nk bagi nama "lilaici" hahaha....ekceli lilaici ialah limau + laici...air ni sgt sesuai la minum time cuaca panas...i dpt idea nk buat air ni lepas minum kat pappa rich...

Bahan-bahan:
1. buah laici
2. daun pudina
3. air gula
4. sebiji limau nipis
5. air batu

Cara-cara:
1. letak air gula di dlm gelas
2. tuangkn sedikit air masak (agak2 separuh gelas)
3. letakkan buah laici
4. perahkan limau nipis
5. letakkan daun pudina (yg diramas)
6. letakkan air batu

**sedapppp**

Friday, November 11, 2011

Resepi Ais Krim

sebenarnya i dapat resepi ni dari blogger emah...tapi i dah alter sket2 mengikut citarasa i...hehe

Bahan-bahan:
1. satu kotak besar susu full cream
2. tiga sudu besar ovalette
3. dua sudu besar susu pekat
4. satu sudu teh gula
5. satu sudu teh asen vanilla
6. bahan perasa (biskut oreo, milo, choc chip, yogurt, etc)

Cara-cara:
1. letakkan susu full cream, susu pekat, gula, asen vanilla & ovalette dlm satu bekas
2. pukul adunan sehingga kembang/naik
3. letakkan bahan perasa mengikut citarasa anda
4. sejukkan di dlm peti ais


yg i buat ni satu perisa milo+choc chip dan satu lagi oreo+choc rice...yummy~

Thursday, November 10, 2011

Resepi Sushi

hari ni jom kita belajar buat sushi...mmg agak leceh nak buat tp blh makan sepuas hati!

Bahan-bahan utk buat nasi:
1. 1 cup beras jepun
2. 2 sudu besar cuka nasi (bkn cuka biasa tau)
3. 2 sudu besar gula
4. 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan utk buat sushi:
1. timun jepun
2. isi ketam
3. seaweed (wajib ada)
4. telur ikan (yg kecil2 warna oren tu)
5. telur rebus
6. mayonis
7. sotong rebus

(sebenarnya bahan2 ni ikut citarasa kita nk letak apa pon...i letak serunding best jugak..hihi)


Cara-cara utk buat nasi:
1. cuci beras mcm biasa (beras jepun tak perlu cuci lama2 pon)
2. utk 1 cup beras, masukkn 2 cup air
3. masak dlm rice cooker
4. bila nasi dh masak/air dh kering, masukkan cuka, gula dan garam
5. gaul nasi sehingga rata

Cara-cara buat sushi:

ni cara utk susun sushi...

1. letakkn pelapik/penggulung (taktau apa nama benda tu...sorry)
2. lapisan paling bawah adalah seaweed
3. letakkan nasi
4. sapukan mayonis sehingga rata di atas nasi
5. letakkan timun jepun yg telah dipotong
6. letakkan bahan2 yg kita suka dalam tu kemudian gulung
7. dh siap gulung, potong cantik2 (pisau kena sapu dgn minyak sayur sedikit supaya tak melekat)

selamat mencuba (^_^)

Resepi Kerabu Udang Thai


(Utk hidangan 4-6 orang)

Bahan-bahan:
1. 12 ekor udang
2. 10 biji baby tomatoes
3. batang calery
4. sedikit daun sup
5. sedikit daun bawang
6. 2 biji cili merah/cili besar/sebiji capsicum
7. 3 biji limau nipis
8. brokoli
9. gula
10. garam

Cara-cara:
1. rebuskan udang dgn kuantiti air yg tidak terlalu banyak
2. rebuskan brokoli dlm periuk yg berasingan
3. letakkan udang (yg telah ditapis airnya), brokoli, tomato dan batang celery ke dlm mangkuk
4. letakkan sedikit garam & gula mengikut citarasa. gaul bahan2 sehingga sebati
5. setelah sebati, tuangkn lebihan air rebusan udang ke dlm mangkuk (jgn terlalu byk, sedakar cukup utk basahkn kerabu tu)
6. perahkan limau nipas ke dlm kerabu & gaul sehingga rata
7. hiaskan dgn daun sup, daun bawang & cili
8. siap & sedia dimakan

kerabu thai ni favourite i coz dia ada rasa masam2 sket plus pedas2 sket...nyummmy~

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Puding Cocktail


Bahan-bahan:
1. 2 sudu besar gula
2. 1 tin fruit cocktail
3. 1 tin susu cair
4. 1 paket agar-agar

Cara-cara:
1. cairkan agar-agar dlm air yg mendidih (air lebih kurang 1 liter)
2. masukkan susu cair
3. masukkan gula dan gaulkn sehingga rata dgn api yg kecil
4. masukkan fruit cocktail
5. tuangkan ke dalam cup/bekas
6. sedia utk dibekukan

*optional: boleh buat gravy dia pakai kastad

Oreo Mc Flurry

ni resepi yg sangat2 simple je...tiba2 mengidam nk mkn Oreo McFlurry & kebetulan McD jauh dgn rumah...jadi idea ni terhasil...hehe

Bahan-Bahan:
1. aiskrim vanila
2. biskut oreo
3.chocolate rice

Cara-cara:
1. hancurkan biskut oreo
2. masukkan biskut oreo yg telah dihancurkan ke dlm aiskrim
3. tabur choc rice...siap!

tak payah ajar pon takpe kn resepi ni? haha

Resepi Cup Cake


*pic credit to nadea*

Bahan-bahan:
1. 4 biji telur
2. coklat (nk pakai coklat bar boleh, yg powder pon boleh)
3. 4 sudu besar gula
4. 200g butter (lebih kurang 6 sudu besar)
5. 1/2 sudu besar baking soda
6. 1 sudu kecil asen vanilla
7. 200g tepung naik sendiri
8. 1/2 cawan air
9. mixer & cup

Cara-cara buat kek:
1. panaskan oven sehingga 350 darjah
2. masukkan serbuk coklat & butter ke dlm mangkuk dan cairkan
3. masukkan gula & asen vanilla ke dalam campuran tadi
4. masukkan telur ke dalam mixer pada putaran yg perlahan sehingga telur kembang
5. masukkan baking soda & tepung naik sendiri ke dlm mixer. pukul sampai rata
6. masukkan adunan ke dlm cup (masukkan separuh cup sahaja)
7. masukkan ke dlm oven
8. bila nampak kek tu dh naik sedikit, cucuk dgn lidi/pencungkil gigi utk tengok kek tu dh masak ke belum
9. tunggu sejuk & hiaskan kek dgn ising/fondant

Cara-cara buat ising:
1. pukul butter & gula ising sehingga sebati, kemudian masukkan putih telur
2. pukul adunan sehingga kembang
3. letak pewarna/perasa mengikut citarasa masing-masing


mudah je kan? selamat mencuba (^_^)

Strawberry + Mango Yogurt Juice

minuman ni sgt sesuai minum bila2 masa pon...jom cuba!


Bahan-bahan:
1. strawberi
2. sebiji buah mangga
3. yogurt 1 bekas kecil
4. gula 2 sudu besar
5. air sejuk satu mug

Cara-cara:
1. masukkan strawberi, mangga, yogurt dan gula dalam blender
2. kemudian masukkan air sejuk
3. siap & sedia utk dihidangkan!

haaaa senang sgt2 kn? blh juga try mango+green apple, orange+mango, pineapple+watermelon...pendek kata ikut selera masing2 la yer (^_^)